VISI

Menjana Insan Mulia

MISI

Membangun sahsiah kepimpinan di kalangan belia di Negara Brunei Darussalam


PENGENALAN

Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) ialah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada Disember 2006. KESAN menitikberatkan kepentingan pembangunan akhlak dan kemahiran kepimpinan di kalangan belia Negara Brunei Darussalam. Antara program anjuran KESAN ialah bengkel kepimpinan, program khidmat sukarelawan dan kursus pembangunan diri.

Pada hari ini, KESAN membawa tema ‘Kepimpinan  Belia’. KESAN yakin bahawa dengan melengkapkan para Belia Brunei dengan keperibadian yang bekepimpinan, mulia dan produktif akan melahirkan raykat yang berilmu, berkemahiran dan bertemadun. KESAN percaya bahawa cita-cita ini boleh direalisasikan dengan melibatkan para belia di Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah pencapaian matlamat-matlamat tersebut.


LOGO DAN PENGERTIAN

LOGO UPDATE

Bentuk

Logo KESAN berbentuk sekuntum bunga dan mempunyai 10 kelopak yang menggambarkan ciri-ciri belia yang diperlukan untuk mencapai wawasan 2035.

Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah:

  1. Berpendidikan
  2. Berkemahiran
  3. Berkepimpinan
  4. Berdaya saing
  5. Berketerampilan
  6. Beriman
  7. Berwawasan
  8. Berkualiti
  9. Bertanggungjawab
  10. Bersepadu

Warna

Putih – melambangkan kesucian, keikhlasan dan ketelusan dalam membangun kepimipnan belia tanpa mengabaikan nilai-nilai islam dan juga konsep MIB.

Kuning/Gold – melambangkan ketaatan kepada Raja dan juga memastikan amal kebajikan yang dilakukan berkualiti dan mencapai kejayaan.

Hitam – menunjukkan kehebatan dan kemampuan yang dimiliki oleh para belia dalam membina generasi yang unggul dan berkualiti.

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑